Saturday, December 26, 2009

Renungan Bersama 1

Assalamualaikum kepada pembaca blog. Sedikit perkara untuk dikongsi bersama. Sedar tidak sedar kita telah berada di penghujung tahun 2009 dan 2010 bakal tiba. Makin hari, dunia semakin maju dengan segala teknologi canggih yang muncul saban hari. Pergerakan manusia semakin senang, pekerjaan manusia semakin mudah. Dan semua ini selalu dikatakan sebagai satu "Tamadun" ataupun "Kemajuan".

Benar atau tidak tanya iman? Sebagai seorang Muslim, adakah sekadar ini kemajuan yang ingin dicapai? Buka mata, buka minda, lapangkan dada. Perhatikan keadaan sekeliling, masyarakat diluar. Di jalanan, kita akan selalu nampak pasangan remaja tanpa hubungan yang sah berdua-duan. Perkara ini seperti menjadi satu perkara biasa. Tidak terasa di hati, di mana Islam yang diagung-agungkan sehinggakan perkara yang menjadi keaiban telah menjadi satu kebiasaan yang tidak dirasai pedihnya.

Masuk pulak kepada akhbar. Setiap hari di Harian Metro kita lihat pelbagai tajuk utama semuanya berkait dengan masalah zina, bunuh, rasuah dan sebagainya. Kita perlu sedar bahawa kita sekarang berada dalam masyarakat yang tidak mengambil Islam itu sebagai cara hidup. Isteri berkhalwat dengan lelaki yang ajnabi. Anak remaja belasan tahun berzina dengan pasangan. Cucu bunuh nenek sendiri. Sedih.... Tapi itu tidak cukup untuk kita hanya mengatakan sedih.

Maka yang sebenarnya perlu dilakukan ialah amar ma'ruf nahi munkar. Samada di dalam diri mahupun pada masyarakat. Itu adalah tanggungjawab kita. Sekarang bukan masa untuk kita berangan-angan lagi. Berangan inginkan rumah yang mewah, kereta besar dan segala macam keseronokan dunia...

Saya tinggalkan persoalan untuk difikirkan. Tanggungjawab siapa untuk selamatkan masyarakat??? Adakah hanya sekadar melihat dan membenci??? Di manakah tindakan kita???

Wallahua'lam. Semoga diri dilindungi daripada berkata tanpa dilaksana.

0 comments: