Saturday, December 26, 2009

Renungan Bersama 1

Assalamualaikum kepada pembaca blog. Sedikit perkara untuk dikongsi bersama. Sedar tidak sedar kita telah berada di penghujung tahun 2009 dan 2010 bakal tiba. Makin hari, dunia semakin maju dengan segala teknologi canggih yang muncul saban hari. Pergerakan manusia semakin senang, pekerjaan manusia semakin mudah. Dan semua ini selalu dikatakan sebagai satu "Tamadun" ataupun "Kemajuan".

Benar atau tidak tanya iman? Sebagai seorang Muslim, adakah sekadar ini kemajuan yang ingin dicapai? Buka mata, buka minda, lapangkan dada. Perhatikan keadaan sekeliling, masyarakat diluar. Di jalanan, kita akan selalu nampak pasangan remaja tanpa hubungan yang sah berdua-duan. Perkara ini seperti menjadi satu perkara biasa. Tidak terasa di hati, di mana Islam yang diagung-agungkan sehinggakan perkara yang menjadi keaiban telah menjadi satu kebiasaan yang tidak dirasai pedihnya.

Masuk pulak kepada akhbar. Setiap hari di Harian Metro kita lihat pelbagai tajuk utama semuanya berkait dengan masalah zina, bunuh, rasuah dan sebagainya. Kita perlu sedar bahawa kita sekarang berada dalam masyarakat yang tidak mengambil Islam itu sebagai cara hidup. Isteri berkhalwat dengan lelaki yang ajnabi. Anak remaja belasan tahun berzina dengan pasangan. Cucu bunuh nenek sendiri. Sedih.... Tapi itu tidak cukup untuk kita hanya mengatakan sedih.

Maka yang sebenarnya perlu dilakukan ialah amar ma'ruf nahi munkar. Samada di dalam diri mahupun pada masyarakat. Itu adalah tanggungjawab kita. Sekarang bukan masa untuk kita berangan-angan lagi. Berangan inginkan rumah yang mewah, kereta besar dan segala macam keseronokan dunia...

Saya tinggalkan persoalan untuk difikirkan. Tanggungjawab siapa untuk selamatkan masyarakat??? Adakah hanya sekadar melihat dan membenci??? Di manakah tindakan kita???

Wallahua'lam. Semoga diri dilindungi daripada berkata tanpa dilaksana.

Renungan Bersama

http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com


Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna, pengasas Ikhwan Muslimun sejak mula lagi telah menegaskan bahawa tugas dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh para pendokong jama’ah atau harakkah Islam merangkumi tujuh perkara iaitu;


1. Mengislahkan diri hingga menjadi seorang muslim sejati.

2. Mendirikan rumah tangga muslim

3. Memberi pertunjuk kepada masyarakat iaitu dengan menyeru mereka kepada Islam, memerangi kemungkaran yang berlaku di kalangan mereka, mengalihkan pandangan umum masyarakat kepada fikrah Islam dan sebagainya.

4. Membebaskan tanah-air umat Islam dari kuasa-kuasa asing sama ada dalam aspek politik, ekonomi atau sebagainya.

5. Mengislah kerajaan/pemerintahan hingga menjadi kerajaan Islam yang sebenar-benarnya iaitu kerajaan yang menunaikan tanggungjawabnya sebagai khadam kepada umat dan melaksanakan segala hukum-hakam dan ajaran-ajaran Islam dalam negara.

6. Mengembalikan unsur-unsur kesejagatan umat Islam iaitu dengan membebaskan seluruh tanah-air mereka, menghidupakan kembali keagungan mereka, mendekatkan jurang tsaqofah (budaya) antara mereka dan membentuk kesatuan mereka sehingga dapat dikembalikan Institusi al-Khilafah yang telah lenyap.

7. Menjadi guru kepada ‘alam/dunia dengan berusaha mengebar-luaskan dakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia ini.

Begitu juga, Syeikh Said Hawa -salah seorang ulama’ Ikhwan terkenal- telah menggariskan matlamat kewujudan harakah/jama’ah Islam kepada lima perkara utama iaitu;

1. Membentuk keperibadian manusia dengan acuan Islam
2. Menegakkan negara Islam di setiap kawasan yang didiami oleh umat Islam
3. Menyatukan umat Islam
4. Menghidupkan kembali Institusi Khilafah
5. Menegakkan negara Islam ‘alamiyah (sejagat).

Tuesday, November 3, 2009

Sama tak serupa





Wednesday, October 28, 2009

Suatu Pagi Yang Indah......







Langit


















Langit ciptaan Allah tidak pernah sama setiap hari.
Hendaklah kamu memperhatikan kebesaran Allah agar bertambah imanmu.

Wednesday, September 2, 2009

Ramadhan

Antara tanda kekuasaan Allah adalah berlakunya
kejadian siang dan malam


Pagi 13 Ramadhan


Friday, July 24, 2009

Usrah Satey

Satey ayam.Sedap!!!!

Nak rasa sila berkunjung ke Bota, Perak

Adik-adik usrah



Dari kiri Farhan, Ali, Iqbal,Arif, Camera man (Syamil hidden)

Bersama-sama kita perjuangkan Islam
hingga akhir hayat

Wednesday, July 22, 2009

Comel

Mohd Asyraf Azim


Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah.

Fitrah itulah Islam yang suci.

Ibu bapa yang bertanggungjawab menjadikan anak itu Majusi, Nasrani atau Yahudi

Friday, July 10, 2009

Sejuk Mata Memandang

Daun Pokok Buluh

Padi Menghijau
Alhamdulillah masih ada rezeki untuk tahun ini

Saturday, July 4, 2009

Nikmati Alam Ciptaan Allah

Bunga Emakku


Pokok Pinang


Tidak satu pun daun di muka bumi ini jatuh tanpa
diketahui oleh Yang Maha Esa

Burung Merbok
Syukurlah kerana diciptakan Allah sebagai manusia khalifah di bumi.

Alhamdulillah. Allah kurniakan mata dapat melihat kepelbagaian
warna alam semulajadi.

Thursday, July 2, 2009

Alor Setar. Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua

Where is the masjid?
Location: Front of Masjid Zahir
Time: 8.00 pm


Location: Alor Setar tower
Time: Maghrib


Location: Alor Setar tower
Time: Maghrib


Location: Kaki Menara Alor Setar
Time: Maghrib


View: Scenery of Alor Setar City
Location: Menara Alor Setar
Time: 19:25

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pencipta watermark
untuk semua gambar-gambar di sini

Friday, June 12, 2009

No category

Masjid Annur
Universiti Teknologi Petronas
Apabila hilang sahaja bulatan matahari dari langit,
maka bermulalah waktunya Maghrib


Replika Masjid......
Info will be uploaded later

Location: SBPI Kubang Pasu
Time: Maghrib
Jikalau kamu ingin mengenal Allah, lihatlah alam ciptaanNya


Location: SBPI Kubang Pasu
Time: Maghrib
Cantiknya langit Allah cipta. Subhanallah


Location: 4th floor Hotel Seri Hoover
Time:10 pm
Suasana Malam

Location: Hotel Seri Hoover
Time: Isyrak
Siang dan malam silih berganti


Location: Hotel Seri Hoover
Time: Isyrak
Hanya kasut dapatku carikan


Location: Near jeti Kuala Terengganu
Time: Before Maghrib
Apa yang menarik sangat tu? Dah nak masuk Maghrib


Setiap hari langit sentiasa berubah warna dan coraknya.

Segala puji kepada tuan punya dunia.

Masjid Indah

Masjid Zahir, Kedah


Location:Masjid Terapung,Kuala Terengganu
Time: 15.15



Location:Menara Masjid Kristal
Time: 16.00



Location:Masjid Kristal,Kuala Terengganu
Time: 16 30





Taman Tamadun Islam
Kuala Terengganu