Sunday, July 4, 2010

[HIMPUNAN JUDI]

RAKYAT TAK NAK JUDI

"Wahai orang-orang yang beriman. Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah kotor(keji) dan perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (al-Maidah:90)

Assalamualaikum.... Alhamdulillah hujung minggu kali ini terisi dengan himpunan TAK NAK JUDI bertempat di Masjid Negara. Mujahid dan sahabat-sahabat bertolak dari Terengganu pada malam 2/7/2010 dan selamat sampai di Kuala Lumpur pada paginya. Dapat juga singgah sebentar di Masjid UIA Gombak bukan Kuantan. Dah lama teringin nak tengok UIA. Selesai mandi, solat dhuha dan rehat di masjid, kami meneruskan perjalanan ke Masjid Negara. Pada asalnya himpunan ini akan bermula pada pukul 2 petang, tetapi disebabkan ada sembahyang jenazah isteri kepada Tun Dr Ismail, himpunan ini ditunda ke pukul 5 petang. Jadi mujahid dan sahabat-sahabat ambil kesempatan ini untuk jalan-jalan di KL. Berjumpa dengan sahabat yang sedang berpraktikal di sekitar KL. Kami berjalan-jalan di Mid Valley. Sampai di KL, kepala terus berserabut denga kenderaan yang bising dan banyak, orangnya yang ramai. Memang jiwa kampung ini tidak sesuai berada lama di bandar besar seperti KL. Alhamdulillah mujahid dicampak di Paka,Terengganu. Masih ada suasana kampung. Apapon ini pengalaman pertama mujahid menyertai perhimpunan. Terbayang akan disembur dengan gas pemedih mata dan sebagainya. Di Masjid Negara polis awal lagi sudah berkumpul. Alhamdulillah perhimpunan berlangsung dengan aman. Walaubagaimanapun sudah lumrah dalam berjuang pasti akan ada mehnah dan tribulasi. Bukan berjuang jika tidak menghadapi segala cabaran ini baik dari segi keluarga, pemerintah, dan sebagainya.


 Himpunan ini adalah sebagai satu cara untuk menyampaikan suara rakyat kepada pemerintah bahawa segala jenis judi adalah haram. Dan rakyat bersatu atas nama NGO dan juga parti politik. JIM, ABIM, Gamis,Teras dan PAS turut menyatakan bantahan terhadap judi yang dibawa kerajaan Barisan Nasional ini. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan negara kita bebas dari segala judi kerana judi itu secara terangan membawa kepada keburukan. Bukan sahaja Islam menolak judi, malah agama lain juag turut menyatakan perkara yang sama.


Bersama sahabat-sahabat

0 comments: